Cari:
Rusia: Sekatan EU Tindakan Tidak Berpandangan Jauh
2016-07-02 15:32:44 CRI Cetak

Keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk melanjutkan tempoh sekatan terhadap Rusia merupakan tindakan yang tidak berpandangan jauh, dan juga tidak dapat memaksa Rusia mengubah dasar luarnya.

Kementerian Luar Rusia menerusi laman webnya menyatakan, Rusia bukan pihak yang terlibat dalam konflik di Ukraine. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk mengaitkan pelaksanaan Perjanjian Minsk dengan sekatan terhadap Rusia. Sekatan berkenaan telah memberikan kerugian yang amat besar kepada Rusia dan EU.

Menurut Kementerian Luar Rusia, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak telah menurun 40% pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya. Trend penurunan ini dijangka kekal pada tahun ini. Sekatan tersebut juga memberikan kesan negatif kepada ekonomi EU dan turut menjejaskan peluang pekerjaan di negara Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China