Selepas beberapa tahun tidak merakamkan lagu raya, Datuk Siti Nurhaliza muncul dengan karya berjudul Hari Kemenangan, yang menyaksikan dirinya kembali menyanyikan naskhah ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.
Dikatakan, lagu berentak Melayu tradisional itu kekal dengan elemen suasana orang Melayu beraya, dan lirik berkenaan pun lebih menyentuh maksud Aidilfitri menurut konteks Islam.
(sumber Berita Harian Malaysia)