Cari:
GE Sedia Perkasakan Kerjasama dengan Guangdong
2016-07-04 15:07:31 CRI Cetak
Ahli Biro Politik Jawatankuaas Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guangdong PKC, Hu Chunhua bertemu dengan Naib Presiden General Electric Company(GE), Rachel Duan yang melawat Guangdong di bandar Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong baru-baru ini.

Hu Chunhua berkata, pembangunan Guangdong yang berorentasikan pasaran dan antarabangsa telah mencapai tahap yang tinggi, ekonomi di provinsi ini penuh kedinamikan, strategi pembangunan digerakkan dengan melakukan inovasi, pengubahsuaian struktur ekonomi, transformasi dan penaiktarafan industri juga sedang dilaksanakan di provinsi ini. Beliau berharap GE dapat meningkatkan pelaburannya di Guangdong untuk meneraju pembangunan dan inovasi Guangdong di samping memperluas urus niaga syarikatnya.

Rachel Duan berkata, GE sedang menjalankan transformasi untuk menjadi syarikat industri digital. Prospek pertumbuhan ekonomi China dan Guangdong dianggap amat cerah pada masa depan. GE bersedia memperkasakan kerjasama yang pragmatik dengan Guangdong dalam sektor biofarmaseutikal demi mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China