Cari:
Media Asing Berikan Perhatian kepada Ucapan Presiden Xi Jinping dalam Perhimpunan PKC
2016-07-04 15:16:32 CRI Cetak

Ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam perhimpunan meraikan ulang tahun ke-95 penubuhan Parti Komunis China(PKC) pada 1 Julai lalu menarik perhatian media asing.

Akhbar Financial Times Britain menyiarkan rencana yang bertajuk "Xi Jinping menyatakan PKC mengekalkan konsep asas teori Marxisme" dan memetik ucapan Presiden Xi sebagai menyatakan, semua anggota PKC mesti ingat bahawa pembangunan sosialisme yang bercirikan China merupakan misi PKC, bukanlah yang lain.

Ketika mengulas ucapan Presiden Xi mengenai Marxisme merupakan teori panduan asas PKC dan negara serta PKC akan kehilangan jiwa dan arah perkembangan sekiranya membelakangi atau melepaskan teori Marxisme, The Associated Press AS menganggap bahawa ucapan Presiden Xi tersebut memperlihatkan PKC menaruh perhatian tinggi terhadap peningkatan disiplin dari segi ideologi dan pemeliharaan peraturan PKC.

Xi Jinping dalam ucapannya menyatakan bahawa sebarang negara lain jangan berharap China akan memperdagangan kepentinggan utama sendiri dan bersedia menderita akibat buruk dengan sendiri selepas kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara terjejas. Akhbar Lianhe Zaobao Singapura dalam laporannya menyatakan bahawa ucapan Presiden China tersebut merupakan respons terhadap kes timbang tara yang dibangkitkan Filipina. Ucapan Xi Jinping dalam Perhimpunan PKC tersebut mencerminkan China akan mengekalkan jalan pembangunan sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China