Cari:
Angka Kematian dalam Serangan Bom Kereta di Baghdad Meningkat kepada 126
2016-07-04 15:29:17 CRI Cetak

Menurut pegawai kerajaan Iraq semalam, dua kejadian letupan bom kereta yang berlaku di Baghdad pagi semalam telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 126 orang maut dan 147 lagi cedera.

Seorang pegawai Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri Iraq yang enggan namanya dilaporkan berkata, seorang penyerang berani mati memandu kereta menyerbu masuk kawasan Karrada di selatan Baghdad, kemudian meletupkan bom yang dibawanya. Kawasan Karrada adalah antara pusat membeli-belah di Baghdad dan orang lebih ramai di kawasan itu sempena bulan Ramadan. Pada masa yang sama, letupan bom kereta juga berlaku di sebuah pasar di kawasan timur laut Baghdad.

Kumpulan militan "Negara Islam" (IS) telah mengaku bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan itu.

Presiden Iraq, Fouad Masoum mengeluarkan kenyataan semalam bahawa IS melancarkan serangan tersebut sebagai tindakan balas terhadap kegagalan kawalan mereka terhadap Al Fallujah. Iraq berazam mengambil tindakan mustahak untuk menghapuskan pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China