Cari:
PBB Kutuk Serangan Bom di Baghdad
2016-07-04 15:32:55 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Pengerusi Perhimpunan Agung PBB, Lykketoft masing-masing mengeluarkan kenyataan semalam untuk mengutuk serangan keganasan yang berlaku di Baghdad Iraq dan menyeru agar kerajaan Iraq menjatuhkan hukuman terhadap pengganas dengan secepat mungkin.

Ban Ki-moon dalam ucapannya menytakan bahawa beliau terkejut mendengar serangan terhadap orang jelata Iraq sempena penduduk tempatan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Beliau menyeru rakyat Iraq menentang sebarang niat yang menyebarkan perasaan ketakutan dan menjejaskan perpaduan.

Menurut pegawai kerajaan Iraq semalam, sekurang-kurangnya 126 orang maut dan 147 lagi cedera dalam dua serangan bom kereta di Baghdad semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China