Cari:
Cuaca Ekstrem Melanda China
2016-07-04 16:20:46 CRI Cetak

Dipengaruhi El Nino, cuaca ekstrem seperti hujan lebat dan hujan batu melanda beberapa kawasan di China baru-baru ini. Menurut maklumat yang disiarkan dalam laman sesawang Kementerian Sumber Air China dan Pejabat Markas Kawalan Banjir dan Kemarau Negara, setakat semalam, sebanyak 1192 buah kaunti di 26 buah provinsi telah dilanda banjir, tenaman pertanian di kawasan seluas 2.942 juta haktar terjejas, bilangan mangsa bencana itu mencatat 32.82 juta orang, antaranya 1.48 juta mangsa telah dipindah ke tempat yang selamat. Bencana banjir telah mengakibatkan 186 orang maut dan 45 lagi hilang, 56 ribu buah rumah runtuh, jumlah kerugian ekonomi langsung mencatat kira-kira RMB 50.6 bilion.

Menurut maklumat berkenaan, sebanyak lebih 610 ribu orang menyertai operasi mengatasi banjir di pelbagai tempat China sekarang. Kerajaan pusat memperuntukkan RMB 1.165 bilion dalam usaha itu.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China