Cari:
Mesyuarat Meja Bulat Pembangunan HSR China-Rusia di Saint Petersburg
2016-07-04 17:00:15 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong menghadiri majlis pembukaan tirai papan nama Pusat Penyelidikan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) China-Rusia Universiti Pengangkutan Kebangsaan Saint Petersburg Rusia dan majlis perasmian Mesyuarat Meja Bulat Pembangunan HSR China-Rusia semalam.

Liu Yandong menyatakan bahawa syarikat usaha sama China dan Rusia berjaya memperoleh tender projek HSR yang menghubungkan Moscow dengan Kazan. Landasan ini merupakan landasan HSR pertama yang dibina di Rusia dan juga merupakan projek HSR penting yang dibina oleh China di luar negara.

Menurut Liu, Pusat Penyelidikan Kereta Api Berkelajuan Tinggi China-Rusia akan mengumpulkan kebijakan ramai pakar dan ahli dari institut pengajian tinggi, institusi penyelidikan dan perusahan terkenal kedua-dua negara untuk membincangkan isu pembangunan HSR kedua-dua pihak, berkongsi hasil penyelidikan di samping mengeluarkan pekerja mahir untuk kedua-dua negara.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China