Penyanyi pop Amerika Syarikat, Lady Gaga mendapat lesen penuh memandu ketika berumur 30 tahun. Perkara itu dikongsikan Lady Gaga menerusi akaun laman sosial Twitternya.
Sebelum ini, penyanyi itu hanya mempunyai kebenaran memandu bersama orang dewasa dan permit percubaan.
Seperti orang lain juga, Lady Gaga meraikannya dengan membawa rakannya bersiar-bersiar.
(sumber Utusan Malaysia)