Cari:
Arab Saudi Dikejutkan Siri Letupan Bunuh Diri
2016-07-05 11:45:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Arab Saudi digegarkan dengan tiga letupan sepanjang 24 jam lalu.

Menurut media Arab Saudi, tiga orang termasuk dua orang anggota keselamatan dan penyerang berani mati terbunuh dalam serangan yang berlaku di sebuah pusat pengawal keselamatan luar Masjid Nabawi, Madinah pada lewat petang 4 Julai lalu.

Menurut anggaran yang disediakan oleh pihak bukan rasmi yang dipetik oleh media tempatan, angka kematian dalam insiden pengeboman berani mati tersebut kemudian telah meningkat kepada empat.

Pada awal pagi hari yang sama, dua orang anggota keselematan tercedera dalam letupan bunuh diri yang berlaku di Konsulat Jeneral AS ke Jidda, bandar kedua terbesar di Arab Saudi.

Sebelum ini, Qatif, timur Arab Saudi juga dialami insiden pengeboman bunuh diri, namun keadaan kematian dan kecederaan masih belum dilaporkan pada ketika ini.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertangungjawab terhadap ketiga-tiga serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China