Cari:
Ahli Politik dan Pakar Asing Gesa Hormati Pendirian China dalam Isu Laut China Selatan
2016-07-05 14:22:17 CRI Cetak

Ketika menerima temu ramah mengenai kes timbang tara yang dibangkitkan sepihak oleh Filipina baru-baru ini, ahli politik, pakar dan sarjana daripada beberapa negara menyatakan sokongan mereka terhadap pendirian China dalam isu Laut China Selatan. Mereka menganggap, cara penting untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan adalah dialog dan rundingan antara negara berkenaan.

Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Pengerusi Majlis Keamanan dan Perdamaian Asia (APRC), Dr Surakiart Sathirathai menyatakan bahawa berdasarkan undang-undang antarabangsa, setiap negara berhak menerima dan juga berhak menolak timbang tara. Merujuk kepada kes timbang tara yang dibangkitkan Filipina, China mengumumkan tidak menerima dan tidak menyertai prosiding timbang tara itu. Maka, masyarakat antarabangsa perlu menghormati pendirian China itu. Negara-negara terlibat dalam isu Laut China Selatan perlu berusaha bersama-sama menyelesaikan pertikaian wilayah dan maritim secara damai melalui rundingan. Fakta membuktikan bahawa dialog antara laluan yang paling berkesan dalam menyelesaikan pertikaian, dan dialog juga berfaedah kepada meredakan ketegangan situasi.

Pengerusi Institusi Penyelidikan Strategi Kemboja, Chheang Vanarith menyatakan bahawa timbang tara antarabangsa tidak membantu menyelesaikan isu Laut China Selatan, hanya akan memarakkan lagi ketegangan situasi di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China