Sebuah mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan lagu Happy Birthday to You adalah hak awam dan memerintahkan syarikat Warner/Chappel Music membayar balik kutipan royalti berjumlah USD14 juta (RM12.6 juta).
Keputusan Hakim George King menamatkan hak milik syarikat tersebut yang telah mengutip royalti lagu berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.
Syarikat itu juga bersetuju untuk membayar balik royalti kepada pihak yang membayar yuran lesen untuk menggunakan lagu tersebut.
Tahun lalu, King memutuskan syarikat itu tidak mempunyai hak terhadap lirik lagu tersebut yang merupakan lagu paling popular di dunia.
(sumber Utusan Malaysia)