Cari:
Liu Zhenmin: China Menolak Kes Timbang Tara Isu Laut China Selatan Selaras dengan Undang-undang Antarabangsa
2016-07-06 15:57:53 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin menyiarkan rencana dalam majalah Qiushi baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa kes timbang tara berhubung pertikaian Laut China Selatan yang dibangkitkan Filipina merupakan perbuatan politik yang tidak masuk akal yang bertopengkan undang-undang antarabangsa. Kes timbang tara ini bukan sahaja tidak dapat mengubah "pola yang lama" dan juga tidak dapat mencipta "realiti yang baharu". Kedaulatan serta hak dan kepentingan China berkenaan terhadap Laut China Selatan terbentuk dalam proses sejarah pada jangka masa yang panjang, disokong oleh bukti sejarah dan undang-undang yang kukuh, dikekalkan oleh kerajaan China selama ini, dan dilindungi oleh undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS). Tindakan China yang menolak kes timbang tara itu sama sekali selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Liu Zhenmin menyatakan bahawa tribunal timbang tara tidak mempedulikan China dan Filipina telah memilih cara penyelesaian pertikaian melalui rundingan, dan China telah mengeluarkan kenyataan perkecualian berdasarkan fasal ke-298 UNCLOS, terus membicarakan kes timbang tara isu Laut China Selatan secara paksa. Tindakan tribunal itu telah melanggar peraturan UNCLOS, menjejaskan kelengkapan UNCLOS sebagai sistem penyelesaian pertikaian, di saming itu mencabuli serius hak China sebagai negara berdaulat dan negara pemeterai UNCLOS yang berkuasa memilih cara penyelesaian pertikaian.

China menghormati hak pelbagai negara yang memilih dengan sendiri cara penyelesaian pertikaian melalui rundingan. Sebagai negara pemeterai UNCLOS, China pernah memberi sumbangan penting kepada pencapaian Konvensyen itu dan sentiasa menunaikan pelbagai kewajiban yang ditetapkan UNCLOS. Tribunal timbang tara yang dibentuk sementara tidak berhak membicarakan kes timbang tara isu Laut China Selatan, dan keputusan yang dibuatnya juga tidak mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap China, mustahil memberi impak kepada kedaulatan dan kepentingan China berkenaan terhadap Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China