Cari:
Fu Ying Huraikan Sasaran China di Laut China Selatan
2016-07-07 15:31:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengerusi Jakawatankuasa Hal-Ehwal Luar Negeri Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Fu Ying semalam menghuraikan sasaran China di Laut China Selatan ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk "Pembentukkan Semula Order selepas Keadaan Berselerak" di Chatham House Britain (Institut Diraja bagi Hal-Ehwal Antarabangsa Britain) pada 6 Julai lalu.

Fu Ying yang juga Ketua Pakar Kumpulan Pemikir Strategi Global Negara Akadami Sosial dan Sains China (CASS) berkata, AS memandangan dan menangani pertiakian dengan China di Laut China Selatan dari segi persaingan strategik geopolitik. Hal ini disebebkan oleh budaya dan sejarah strategi negara itu. Hegemoni AS berdasarkan kawalan negaranya terhadap kawasan maritim penting dan amat sensitif terhadap tindakan yang dilakukan negara-negara lain di laut. Negara ini juga bimbang akan China membina pulau dan terumbu di kawasan perairan Laut China Selatan.

Fu berkata, situasi di kawasan perairan tersebut sedang berubah berikutan tindakan beberapa negara tuntutan dalam isu Laut China Selatan dan campur tangan AS. Semakin banyak rakyat China percaya AS sedang menyokong beberapa negara berkenaan untuk menjejaskan kepentingan China.

Beliau menegaskan sasaran utama China di Laut China Selatan adalah untuk memelihara kedaulatan, hak dan kepentingan negara. Rakyat dan kerajaan China tidak membenarkan kedaulatan dan keutuhan wilayah dicabuli.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China