Cari:
Banjir Teruk Melanda Beberapa Provinsi di China
2016-07-07 13:44:38 CRI Cetak

Bandar Nanjing

Hujan lebat selama beberapa hari mengakibatkan banjir teruk di provinsi Hubei, Anhui, Jiangsu, Guizhou, Yunnan dan bandar Chongqing China. Paras air sungai utama di tengah dan hilir Sungai Yangtze serta Tasik Dongting dan Boyang terus meningkat.

Bandar Wuhan

Pada malam kelmarin hingga pagi semalam, bandar Wuhan sekali lagi dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan berlakunya banjir teruk kerana paras air sungai, tasik dan takungan di sekitarnya meningkat secara mendadak. Banjir itu mengakibatkan sistem pengangkutan menjadi lumpuh, bekalan elektrik dan telekomunikasi di beberapa kawasan terputus.

Banjir kali ini telah menjejaskan lebih 360 ribu orang di provinsi Anhui. Manakala di provinsi Jiangsu, jumlah mangsa bencana banjir mencatat 755 ribu orang. Menurut maklumat berkenaan, terdapat 44 orang maut dan 20 orang hilang dalam bencana banjir di provinsi Guizhou, jumlah kerugian ekonomi provinsi itu mencatat RMB 5.2 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China