Cari:
Kuasa Barat Eksploitasi Undang-Undang Antarabangsa demi Kepentingan Diri
2016-07-08 15:06:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Akhbar Renminribao China menerbitkan ulasan yang berkata bahawa laporan siasatan perang Iraq yang diumumkan oleh Britain pada 6 Julai lalu tidak mengemukakan pendapat yang jelas tentang sifat perang Iraq.

Menurut ulasan itu, masyarakat antarabangsa telah mempunyai konsensus mengenai sifat perang Iraq yang dilancarkan oleh AS dan Britain, iaitu perang ini merupakan perang yang tidak sah dan tidak adil kerana menggunakan tindakan ketenteraan secara sepihak untuk menggulingkan pemerintahan sesebuah negara yang berdaulat.

Akhbar The Guardian Britain dalam sebuah artikel baru-baru ini menyatakan bahawa perang Iraq mengabaikan undang-undang antarabangsa dan menjejaskan institusi antarabangsa.

Ketika menyebut isu Laut China Selatan, ulasan Renminribao berkata, tindakan Filipina menfailkan secara sepihak kes timbang tara isu Laut China Selatan juga mendapat sokongan dari negara-negara barat, termasuk AS. Tindakan mereka memdakwa China "menyalahi undang-undang antarabangsa" dan mencemarkan imej China adalah untuk menggugat hubungan damai antara China dengan negara-negara jiran.

Berhubung dengan isu maritim, ulasan Renminribao berkata, jika benar-benar menaruh perhatian terhadap penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, mengapa AS tidak meratifikasi Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS)? AS tidak berhak untuk campur tangan dalam pertikaian Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China