Baru-baru ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada beberapa negara menyatakan bahawa tribunal timbang tara tidak berkuasa membicarakan kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan dan juga tidak berkuasa membicarakan perkara berkaitan dengan pertikaian itu. Pertikaian berkenaan perlu diselesaikan oleh negara terlibat melalui rundingan.

Dekan Institut Penyelidikan Strategi Kemboja, Kung Phoak menyatakan bahawa kes timbang tara isu Laut China Selatan tidak sah dan tidak rasional, keputusan timbang tara itu juga tidak mempunyai sebarang makna. Campur tangan kuasa bukan di rantau ini tidak berfaedah kepada penyelesaian pertikain itu, lebih-lebih lagi tidak berfaedah kepada pemeliharaan keselamatan dan kestabilan rantau ini. Perbincangan dan rundingan antara negara yang terlibat langsung dalam pertikaian merupakan satu-satunya cara penyelesaian yang damai.
Pengerusi Tabung Slav Bolgaria menyatakan bahawa kekuatan bukan rantau itu cuba menghalang negara-negara terlibat mengadakan dialog untuk menyelesaikan pertikaian. Langkah itu hanya akan meruncingkan pertelingkahan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Dunia Nepal menyatakan bahawa pendirian China selari dengan undang-undang antarabangsa dan kelaziman antarabangsa. Pihaknya menyokong China menyelesaikan pertikaian wilayah di Laut China Selatan melalui rundingan.








