Cari:
Xi Jinping Ditemui Ban Ki-moon
2016-07-08 14:07:35 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon di Rumah Tamu Diaoyutai Beijing semalam.

Xi Jinping menyatakan bahawa sebagai negara tetap Majlis Keselamatan PBB dan negara membangun yang paling besar, China akan terus memainkan peranan sebagai penyokong, pemelihara dan peserta PBB.

Xi Jinping mengalu-alukan Ban Ki-moon menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou. Xi Jinping menyatakan bahawa tindakan China yang menggalakkan sidang kemuncak G20 menumpu perhatian kepada isu pembangunan dan menggalakkan pembangunan bersama inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) adalah untuk menyokong pelaksanaan Agenda Pembangunan Lestari 2030 PBB. Tindakan China yang mencadangkan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa termasuk PBB dan Bank Dunia adalah untuk berkongsi peluang pembangunan China dengan pelbagai negara lain di dunia.

Bank Ki-moon menyatakan penghargaan terhadap usaha China untuk menyelesaikan masalah nuklear Semenanjung Korea. Beliau berkata menanti-nantikan untuk menyertai Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou pada bulan September.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China