Cari:
20 Maut dalam Serangan Bom Bunuh Diri di Iraq
2016-07-08 14:08:55 CRI Cetak

Pegawai keselamatan Iraq memaklumkan pagi tadi bahawa serangan bom bunuh diri yang berlaku di provinsi Salahudin Iraq telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 maut dan 70 lagi cedera.

Pegawai provinsi itu yang enggan namanya dilaporkan memberitahu wartawan bahawa sekumpulan militan menyerbu masuk tempat suci puak Syiah di pekan Balad subuh tadi. Dua penyerang daripada kumpulan militan itu meletupkan bom yang dipasang pada badan, manakala yang lain pula menculik penduduk tempatan yang datang untuk beribadat sebagai tebusan. Pasukan keselamatan Iraq kemudian bertempur dengan kumpulan militan tersebut dan membunuh semua penyerang dan menyelamatkan tebusan.

Menurut laporan lain, Kementerian Kesihatan Iraq mengeluarkan kenyataan semalam bahawa serangan bom bunuh diri yang berlaku di Baghdad pada 3 Julai lalu telah mengakibatkan 292 orang maut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China