Cari:
Media Antarabangsa Tolak Kes Timbang Tara secara Paksa
2016-07-08 17:37:42 CRI Cetak

Ketua Seituasha Majlis Ramah Mesra Hainan Paulau Bali Indonesia, Yi Ruxiang menyatakan hari ini bahawa seperti mana yang dinyatakan oleh bekas anggota Dewan Negara China, Dai Bingguo pada satu mesyuarat mengenai isu Laut China Selatan di Amerika Syarikat (AS) bahawa keputusan kes timbang tara pertikaian Laut China Selatan yang akan diumumkan Tribunal The Hague tidak lama lagi akan menjadi sia-sia belaka.

Yi Ruxiang menyatakan bahawa jika tribunal timbang tara yang tidak berkuasa membicarakan kes itu secara paksa, bukan sahaja China tidak mengiktiraf dan tidak menerima perbuatan itu, malah juga banyak negara di dunia menyuarakan sokongan terhadap pendirian China. Ramai pakar perundangan maritim terkenal di dunia menyiarkan rencana yang menyatakan tindakan tribunal antarabangsa itu telah melampaui kuasanya untuk membicarakan kes timbang tara isu Laut China Selatan, keputusan yang dibuat tribunal itu tidak sah dan tidak berkesan.

Pengerusi Majlis Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghoa (PERPIT), Shang Jiaxuan menyatakan semalam bahawa kes timbang tara isu Laut China Selatan telah membawa impak negatif kepada keselamatan dan kestabilan rantau Asia Tenggara, negara-negara berkenaan perlu bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan rantau ini. Beliau menganggap bahawa tindakan Filipina yang menfailkan kes timbang tara secara sepihak salah sama sekali. Sebarang perselisihan atau pertikaian antara China dan Filipina perlu diselesaikan melalui rundingan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China