Cari:
Pakar Rusia: AS Berniat Mengepung China di Laut China Selatan
2016-07-09 15:40:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak
AS berniat mengepung China di Laut China Selatan dan tindakan angkatan tentera AS itu menenterakan kawasan perairan tersebut. Manakala, Filipina tidak dapat menyelesaikan pertikaian pulau-pulau dengan China dengan bantuan AS.

Bardachow, pakar isu antarabangsa yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Komprehensif Eropah dan Antarabangsa Kolej Ekonomi Peringkat Tinggi Rusia berkata demikian ketika menerima wawancara khas Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.

Bardachow berpendapat, AS berniat mencetuskan ketegangan di kawasan perairan Laut China Selatan untuk memberi tekanan kepada China. Negara itu akan terus melaksanakan dasar pengepungan seperti ini terhadap China di rantau Asia Tenggara pada masa depan. Tujuan AS adalah untuk meminimumkan daya pengaruh China, di samping mengawal laluan penting bagi ekonomi China. Dalam konteks ini, China patut terus menjalankan kerjasama dengan negara-negara jiran yang muhibah untuk memperluas akses laut yang tidak dapat dikawal oleh AS, dan jangan dijejaskan tindakan provokasi AS.

Ketika mengulas konsep "kebebasan pelayaran" AS serta peranan AS untuk menenterakan kawasan perairan Laut China Selatan, Bardachow berkata, ternyata bahawa "Laut China Selatan ditenterakan" merujuk kepada AS meningkatkan kekuatan tenteranya di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China