Cari:
China Tidak Mungkin Terima Keputusan Kes Timbang Tara Berhubung Isu Laut China Selatan
2016-07-09 14:18:44 CRI Cetak

Pendirian China yang tidak menerima dan tidak menyertai prosiding kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan tidak akan berubah, pihak-pihak yang berniat memaksa China menerima keputusan kes timbang tara itu melalui saluran diplomatik dan tekanan media, hanyalah pengkhayalan. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, pegawai Kementerian Pertahanan Amerika Syrikat menyatakan pada 7 Julai lalu bahawa keputusan yang bakal dibuat tribunal timbang tara berhubung isu Laut China Selatan akan memutuskan pembangunan dan kemakmuran rantau ini sama ada bergantung pada pelaksanaan undang-undang dan peraturan atau kekuatan. AS menggesa China dan Filipina menghormati keputusan berkenaan, di samping menuntut pihak-pihak penuntut agar tidak mengambil tindakan yang bersifat provokasi.

Sehubungan itu, Hong Lei menyatakan bahawa kes timbang tara yang dibangkitkan oleh kerajaan Beniqno Aquino III secara sepihak, memutarbelitkan tujuan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), mencabar Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) yang wujud sebagai peraturan serantau. Tindakan Filipina itu sebenarnya menyalahi undang-undang dan peraturan dengan bertopengkan undang-undang dan peraturan. China tidak menerima keputusan dan tidak menyertai prosiding timbang tara itu adalah untuk memelihara UNCLOS dan DOC, serta memelihara sistem kehakiman dan peraturan antarabangsa. Pendirian China itu tidak akan berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China