Akhbar European Times Perancis menyiarkan rencana pengarang yang menyatakan bahawa Filipina membawa isu Laut China Selatan ke tribunal timbang tara antarabangsa sememangnya pengacau menyusahkan diri sendiri.
Artikel itu menyatakan bahawa baru-baru ini, peguam utama pihak Filipina yang menyertai perbicaraan kes timbang tara itu menyatakan bahawa tribunal itu akan memutuskan untuk merampaskan kekuasaan dan kepentingan China terhadap Laut China Selatan yang berdasarkan cadangan "sembilan garis putus-putus (9GP)". Peguma warga Amerika Syarikat ini boleh dikatakan mengetahui keputusan kes timbang tara lebih dahulu tanpa diramal. Ini menggambarkan Filipina dan tribunal timbang tara adalah dua boneka yang dikawal oleh AS.
Menurut artikel itu, ketegangan situasi di kawasan Laut China Selatan dicetuskan AS. Kedaulatan China terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan telah dikenalpasti dengan jelas dalam Deklarasi Kaherah dan Pengisytiharan Potsdam pasca Perang Dunia II. Sejak sekian lama, tidak ada mana-mana negara di sekitar kawasan itu mengemukakan pandangan yang berbeza. AS juga tidak pernah menyoalkan perkara itu sehingga AS dan China menjalinkan hubungan diplomatik. Maka, boleh dikatakan timbang tara antarabangsa tersebut hanya adalah kelicikan dan muslihat AS dan beberapa negara untuk menghalang pembangunan China.