Cari:
China Tingkatkan Keselamatan di Laut China Selatan
2016-07-11 14:49:49 CRI Cetak

Pemeliharaan kebebasan dan keselamatan pelayaran di Laut China Selatan merupakan keprihatinan China dan matlamat yang diperjuangkan negara ini sejak sekian lama.

Demikian ditegaskan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementerian Pengangkutan China, Xu Ruqing dalam sidang media di Ningbo, provinsi Zhejiang, sempena sambutan Hari Pelayaran ke-12 pada 11 Julai.

Xu memaklumkan, keselamatan maritim di Laut China Selatan akan dipertingkat menerusi empat pendekatan, iaitu membaiki kemudahan awam, menyempurnakan mekanisme rondaan, menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat, serta memperkasakan kerjasama antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China