Cari:
Mesyuarat Menteri Perdagangan G20 Ditutup
2016-07-11 15:23:42 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Perdagangan Kumpulan 20 (G20) 2016 ditutup di Shanghai pada 10 Julai lalu. Pengerusi mesyuarat yang juga Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng berkata, mesyuarat kali ini membuahkan hasil yang signifikan seperti "Kenyataan Menteri Perdagangan" yang pertama dalam sejarah mesyuarat tersebut diumumkan, "Tiga Dokumen" diluluskan dan "Two Konsensus" dicapai.

Menurut Kenyataan tersebut, kita bersetuju akan mengambil tindakan yang lebih banyak untuk mencapai sasaran bersama termasuk peningkatan ekonomi global dan kestabilan serta kemakmuran sejagat. Perdagangan dan pelaburan sepatutnya terus dijadikan enjin utama terhadap peningkatan dan perkembangan ekonomi dan dimanfaatkan bagi menawarkan peluang kerja, menggalakkan kreativiti, meningkatkan kebajikan umum dan mendorong pertumbuhan yang bersifat inklusif.

Menurut taklimat berkenaan, mesyuarat tersebut mencapai konsensus penting tentang menguatkan mekanisme perdagangan multilateral dan mengambil pendekatan secara komprehensif serta menbantu negara-negara membangun dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengakses rantai nilai global.

Gao Hucheng menyatakan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, tugas utama G20 berubah secara beransur-ansur, iaitu daripada hanya menghadapi krisis kepada menanganinya dengan berkesan. Perdagangan dan pelaburan semakin penting dalam mekanisme kerjasama G20 sehingga sudahpun berperanan tunjang pada masa sekarang seperti sektor kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China