Cari:
Ki-moon Gesa Sudan Selatan Tamatkan Pertempuran
2016-07-11 15:29:08 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), Ban Ki-moon telah mengeluarkan satu pengumuman melalui jurucakapnya semalam bahawa beliau sangat terkejut tentang pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan bekas pemberontak yang berlaku di Juba, ibu negara Sudan Selatan, dan menggesa Presiden Sudan Selatan Salva Kiir dan Naib Presiden Pertama Riek Machar agar berusaha dengan sedaya upaya untuk menamatkan operasi permusuhan dengan segera dan memulihkan kedamaian secepat mungkin.

Pengumuman itu menunjukkan bahawa pertempuran yang "sama sekali tidak bermakna" itu tidak boleh diterima, malahan akan memberi pengaruh yang buruk kepada kemajuan yang tercapai oleh pelbagai pihak yang berkaitan dalam proses damai Sudan Selatan.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pertempuran sengit antara tentera kerajaan yang dipimpin oleh Kiir dan pasukan yang dipimpin oleh Machar berlaku di sekitar rumah presiden pada 8 Julai lalu. Semalam, kedua-dua pasukan itu bertempur dengan sengit di Juba sekali lagi. Menurut sumber Kementerian Kesihatan Sudan Selatan, pertempuran yang berlaku pada 8 haribulan Julai lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 271 orang diragut nyawa.

Wartawan mendapat maklumat daripada Batalion Infantri Pengaman China di Sudan Selatan bahawa informasi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan PBB mengenai pertempuran antara tentera yang berbeza di Sudan Selatan mengakibatkan kecederaan dan kematian anggota pasukan pengaman China dan Rwanda adalah benar, dengan seorang pengaman China yang terkorban.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China