Cari:
Portugal Juara Euro 2016
2016-07-11 11:18:37 CRI Cetak

Penyerang Lille, Ederzito Antonio Macedo Lopes atau Eder muncul wira Portugal apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-109 pada masa tambahan memberikan negaranya kejuaraan sulung Eropah selepas menundukkan Perancis, 1-0, dalam perlawanan akhir Euro 2016 yang berlangsung di Stade de France, sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung seimbang itu, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan namun buntu menemui penyudah berkesan sehingga mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Namun, ketika perlawanan dilihat seakan-akan bakal ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti, Eder menjadi duri dalam daging buat Perancis selepas berjaya meledak gol cantik dari luar kotak penalti sekali gus menewaskan Hugo Lloris di gawang tuan rumah.

----Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China