Cari:
Hak Kedaulatan China Tidak Akan Digugat
2016-07-12 16:55:21 CRI Cetak

Hak kedaulatan China terhadap Laut China Selatan dan kepentingan negara ini di perairan berkenaan tidak akan digugat, walau apa pun keputusan muktamad kes timbang tara berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan yang akan diumumkan petang ini. 

Pendirian teguh Beijing ini diulangi lagi oleh jurucakap Kementerian Pertahanan, Yang Yujun, berikutan dakwaan bahawa latihan ketenteraan besar-besaran yang dilakukan Tentera Laut China menurut jadual asalnya di perairan berkenaan ada kaitan dengan keputusan muktamad itu.

Yang berkata, pasukan China komited mempertahankan kedaulatan negara, hak dan kepentingan maritim, di samping berusaha memelihara kedamaian dan kestabilan rantau serta menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China