Jawatankuasa Olimpik Korea Selatan memutuskan pada 8 Julai lalu bahawa pihaknya dengan menghormati keputusan mahkamah negaranya dan tribunal timbang tara sukan antarabangsa, membenarkan Park Tae Hwan mewakili pasukan Korea Selatan beraksi pada Sukan Olimpik Tahun 2016 di Rio.
Pemenang pingat emas renang Sukan Olimpik Beijing 2008 dari Korea Selatan ini pernah gagal dalam ujian Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan dilarang menyertai perlombaan dalam tempoh selama 18 bulan. Tarikh itu tamat pada 2 Mac tahun ini.