Cari:
Tanah Besar dan Taiwan Berpendirian Sama
2016-07-13 14:07:49 CRI Cetak

Rakyat China dari kedua-dua pantai selat Taiwan berwajib menggembleng tenaga untuk menjaga dan mempertahankan Laut China Selatan sebagai khazanah negara.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam, susulan diumumkannya keputusan muktamad oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) di The Hague, yang mendakwa bahawa pulau Taiping dikenal pasti sebagai terumbu.

Keputusan tersebut menimbulkan bantahan keras daripada pihak berkuasa Taiwan kerana kedaulatan, hak maritim dan kepentingan pihaknya di Laut China Selatan dicabuli dan dijejaskan. Pemimpin Taiwan menyatakan bahawa mereka menolak keputusan yang tidak sah dalam bidang penguatkuasaan itu.

Respons Taiwan tersebut mengukuhkan lagi keazaman bangsa China mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China