Cari:
Keputusan Timbang Tara Disoalkan
2016-07-13 14:36:06 CRI Cetak

Ramai pegawai dan sarjana dari luar negara memberi sokongan yang kuat terhadap pendirian Beijing dalam isu Laut China Selatan.

Kerajaan Pakistan dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan sewajarnya diselesaikan oleh negara-negara terbabit menerusi rundingan secara damai berdasarkan perjanjian bilateral dan Deklarasi Perilaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC). Negaranya menentang niat sesetengah pihak dipaksakan kepada pihak lain.

Bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko semalam berkata, jika tidak mematuhi konvensyen antarabangsa atau mengeksploitasi peruntukan undang-undang antarabangsa demi mengejar kepentingan sendiri, adalah mungkin mengundang akibat yang tragik malah tercetusnya konflik antarabangsa, yang mana sudahpun terbukti dengan pengalaman geopolitik.

Ahli Dewan Undangan Negegri dari Johannesburg, Afrika Selatan, Attorneys Sun menganggap, isu Laut China Selatan adalah rumit lagi sensitif kerana ia bukan masalah undang-undang, sebenarnya melibatkan banyak aspek seperti diplomatik dan sejarah. Tindakan membawa pertikaian berkenaan ke mahkamah timbang tara yang dimanipulasikan segelingtir kuasa adalah tidak realistik.

Ketua Pengarah Pusat Pengajian China-ASEAN Institut Pengurusan Charoen Pokphand Thailand, Tang Zhimin, keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague menjejaskan kestabilan dan kemakmuran Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China