Cari:
Usaha Diplomatik China akan Diteruskan
2016-07-13 14:47:03 CRI Cetak

Perundingan tetap merupakan satu-satunya pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang bertelingkah. Usaha diplomatik China tidak akan dihalang oleh sehelai kertas yang karuh belaka, malah ditakuti kapal induk.

Duta Besar China ke Amerika Syarikat, Cui Tiankai menyatakan demikian ketika berucap pada satu seminar kumpulan pemikir di Washington semalam, sebagai maklum balas terhadap keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Cui berkata, kes timbang tara itu membuka pintu kepada mereka yang menyalahgunakan prosedur penimbangtaraan antarabangsa. Sandiwara politik dan ancaman ketenteraan dilakukan secara serentak, yang benar-benar mencerminkan "kekuasaan adalah kebenaran" atau "might is right".

Menurut beliau, penafian China terhadap kes timbang tara tersebut bukan sahaja untuk memelihara kepentingan diri, malah untuk mendukung keadilan antarabangsa dan menunaikan tanggungjawab yang dimandatkan undang-undang antarabangsa.

Duta besar itu juga menegaskan, situasi di Laut China Selatan yang makin memuncak disebabkan oleh dasar luar Amerika Syarikat yang menfokuskan kepada Asia. Kehadiran sejumlah besar aset ketenteraan negara itu, antaranya kapal perang, jet pejuang dan senjata canggih lain di kawasan perairanan berkenaan bukan sahaja menjejaskan kebebasan pelayaran kapal awam, bahkan juga menjadi punca ketegangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China