Cari:
Keqiang Mulakan Lawatan ke Mongolia
2016-07-14 11:30:12 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang, yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Mongolia, diberi sambutan meriah sebaik tiba di lapangan terbang di Ulan Bator, petang Rabu.

Ketibaan beliau disambut Menteri Luar Mongolia, Lundeg Purevsuren, Duta Besar China ke Mongolia, Xing Haiming dan orang kenamaan setempat.

Saat tiba di lapang terbang, PM Li turut menyampaikan ucapan yang menyifatkan China dan Mongolia sebagai sahabat karib dan rakan sejiran, yang menjalin ikatan mesra sesama lain. Beliau berharap agar lawatan ini dapat membincangkan pelan pembangunan bersama dengan Mongolia dengan memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang dan menyelaraskan strategi perkembangan.

Atur cara lawatan perdana menteri di Mongolia termasuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari negara itu, Jargaltulga Erdenebat, Presiden Tsakhya Elbegdorg dan Pengerusi Hural Besar Negara, Miyegombo Enkhbold, serta menyaksikan penandatanganan perjanjian bilateral.

Keqiang juga dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-11 di Ulan Bator.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China