Cari:
Dialog Beijing-Manila Harap Dipulih
2016-07-14 14:59:35 CRI Cetak
Ramai pegawai dan pakar dari Amerika Syarikat (AS) meluahkan harapan agar Beijing dan Manila dapat menyambung semula rundingan untuk menyelesaikan pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan, serta menasihati Washington supaya bertenang dan jangan bertindak agresif bagi memuncakkan ketegangan di perairan tersebut.

Alan Romberg, Ketua Program Pengajian Asia Timur di Pusat Stimson AS, berharap agar China dan Filipina dapat mengadakan dialog dan rundingan. Pertelingkahan kedua-dua negara boleh ditangani menerusi cara-cara "yang lebih bekerjasama, lebih mesra dan kurang konfrontasi".

Profesor Peter Dutton, Ketua Institut Pengajian Maritim China di Sekolah Perang Laut AS, berkata, disebabkan AS bukan negara pemeterai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), negara itu tidak berhak menuding jari kepada China dari aspek etika.

Kurt Campbell, bekas Penolong Setiausaha Negara A.S. yang bertanggungjawab terhadap urusan Asia Timur dan Pasifik, menganggap bahawa Washington sepatutnya menunjukkan sikap menggalakkan terhadap dialog yang bakal diadakan antara Beijing dengan Manila dalam masa beberapa bulan depan.

Laksamana Dennis Blair, yang pernah menjadi komander Markas Besar Pasifik Tentera AS (USPACOM), menyatakan bahawa kegiatan tebus guna tanah yang dijalankan China di Laut China Selatan bukan untuk tujuan ketenteraan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China