Cari:
Keqiang, Juncker Serikan Sidang Kemuncak Bisnis China-EU Ke-11
2016-07-14 15:06:35 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang bersama dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker telah menghadiri Sidang Kemuncak Bisnis China-EU Ke-11 dan menyampaikan ucapan pada sebelah pagi 13 haribulan Julai lalu.

Li Keqiang menunjukkan bahawa walaupun pemulihan ekonomi dunia kurang rancak, tetapi kerjasama China-Kesatuan Eropah (EU)dalam bidang pelaburan menyaksikan pertumbuhan yang kuat. Ini menandakan perkembangan masing-masing membawa peluang yang boleh dinikmati satu sama lain. Beliau juga berharap agar China dan Eropah dapat berdasarkan semangat hormat-menghormati, samarata, rasa saling mempercayai, sikap terbuka dan inklusif, kerjasama untuk memang-menang, bersungguh-sungguh menjalankan Perancangan Strategik Kerjasama China-Kesatuan Eropah 2020 . Seterusnya, mengkoordinasi pembangunan masing-masing dari segi strategi supaya dapat mencipta masa depan yang cerah bagi hubungan dan kerjasama China-EU.

Li Keqiang berkata, Beijing sudi bekerjasama dengan pihak EU untuk membina persekitaran yang harmoni dan stabil, mengesyorkan supaya menyelesaikan perselisihan melalui perundingan dan menggunakan cara yang bersifat membina untuk menangani pertikaian. Tindakan seumpama itu akan memberi sumbangan yang positif kepada keamanan dan kemajuan dunia. Di samping itu, China dan EU juga dikehendaki menerokai potensi dalam bidang kerjasama ekonomi dan perdagangan, membuka dan menambah akses pasaran antara satu sama lain, menyelesaikan perselisihan perniagaan dengan baik, mendorong pelaburan perdagangan berkembang ke arah lebih bebas dan lebih mudah, dan menolak amalan perlindungan perdagangan.

Beliau juga berkata, perundingan tentang perjanjian pelaburan antara China dan EU harus dipercepat dan China menyambut baik langkah pihak EU untuk melabur dalam perkilangan canggih, industri perkhidmatan moden dan wilayah tengah dan barat di China.

Li Keqiang berharap agar EU memudahkan syarikat-syarikat China untuk menanam modal di Eropah. Tambah beliau, kerjasama dalam bidang kewangan, inovasi, kesalinghubungan harus diperluas dan kerjasama pragmatik China-EU harus dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang.

Jean-Claude Juncker berkata, kedua-dua pihak telah mencapai kejayaan yang mengagumkan dalam mengembangkan hubungan diplomatik bilateral yang dijalinkan lebih 40 tahun lalu, yang turut berfungsi mendorong pertumbuhan ekonomi masing-masing dan memberi faedah kepada rakyat. Pada masa sekarang, EU dan China berusaha untuk mengubah suai struktur ekonomi dan proses ini mempunyai banyak ruangan kerjasama. Pihak EU bersedia mengukuhkan hubungan rakan dengan China, mengkoordinasi strategi pembangunan, memanfaatkan pembangunan kesalinghubungan, mendorong kerjasama inovasi dan mempercepatkan proses perundingan tentang perjanjian pelaburan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China