Cari:
Ekonomi China Bertumbuh dengan Stabil
2016-07-14 14:44:31 CRI Cetak
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dalam separuh pertama tahun ini akan diumumkan dalam laporan prestasi ekonomi negara yang akan diumumkan oleh Jabatan Statistik Negara pada 15 Julai ini.

Beberapa ahli ekonomi terkemuka ketika menerima wawancara khas wartawan CRI masing-masing mengunjurkan bahawa kadar peningkatan KDNK dalam separuh pertama tahun ini pada sekitar 6.7%, iaitu tahap yang hampir sama dengan kadar peningkatan KDNK pada suku pertama tahun ini.

Pada lima bulan pertama tahun ini, pelaburan aset tetap meningkat 9.6% berbanding tempoh sama tahun lalu, menurun sedikit berbanding dengan suku pertama tahun ini. Namun yang perlu diberi perhatian ialah pelaburan terhadap pasaran hartanah dalam lima bulan pertama tahun ini mencatat peningkatan 7% berbanding tempoh sama tahun lalu. Di samping itu, jumlah eksport menurun 7.3%, iaitu 2.3% lebih tinggi berbanding suku pertama tahun ini. Manakala, penggunaan mengekalkan peningkatan yang stabil berbanding dengan sektor eksport.

Lian Ping, Ketua Ahli Ekonomi Bank Komunikasi China (BCOMM) menyatakan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi China dijangka pada kira-kira 6.7% dalam separuh tahun pertama ini. Beliau berkata,

"Saya membuat unjuran demikian disebabkan data-data yang dikeluarkan selepas bulan Mac lalu kebanyakannya berkaitan dengan pelaburan. Contohnya pelaburan dalam infrastruktur dan hartanah menunjukkan peningkatan. Selain itu, penggunaan juga menampakkan pertumbuhan yang stabil"

Pertumbuhan ekonomi mengalami risiko akibat faktor-fakot luar negara dan domestik.

Lian Ping menegaskan bahawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) akan memberi impak kepada sektor eksport China dalam separuh tahun seterusnya. Beliau berkata,

"Unsur ketidaktentuan di pasaran menjadi semakin banyak susulan Britain keluar daripada EU. Hal ini tidak bermanfaat terhadap pasaran eksport China yang merancang memperluas permintaannya pada masa depan. Oleh hal demikian, prestasi pertumbuhan eksport China diunjurkan mungkin tidak begitu baik berbanding jangkaan sebelum ini."

Dari segi domestik, peningkatan pelaburan kalangan rakyat menurun secara berterusan sejak awal tahun ini. Pada bulan Januari hingga Mei tahun ini, pelaburan kalangan rakyat hanya meningkat 3.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Zhu Baoliang, ketua ahli ekonomi bagi Jabatan Ramalan Pusat Maklumat Negara China (SIC) menegaskan bahawa pelaksanaan reformasi ekonomi termasuk mengurangkan kapasiti pengeluaran dan mengurangkan inventori perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China