Cari:
PBB Sangkal Kesahan Keputusan Muktamad PCA
2016-07-15 10:55:38 CRI Cetak

Sokongan padu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap pendirian China dalam isu Laut China Selatan menunjukkan kewajaran tuntutan hak kedaulatan Beijing ke atas wilayah di kawasan perairan berkenaan.

PBB dalam kenyataan rasmi menerusi laman sosial Weibo semalam menjelaskan bahawa Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague tiada kaitan dengan PBB. Sebelum ini, jurucakap Setiausaha Agung PBB menyatakan tidak berpendirian terhadap masalah undang-undang kes timbang tara. Dalam pada itu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kenyataan pula menegaskan bahawa mereka adalah mahkamah yang berlainan sama sekali daripada PCA, dan tidak pernah terlibat dalam kes timbang tara itu.

Pendirian badan-badan PBB tersebut mendapat sahutan baik daripada kerajaan China, sekali gus membuktikan keputusan muktamad PCA adalah karuh belaka dan tidak mempunyai kuasa yang bersifat mengikat.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam berkata, PCA bukan mahkamah antarabangsa kerana komponen dan cara operasinya adalah tidak sah dan tidak representatif. Oleh itu, keputusannya tidak berwibawa dan kurang meyakinkan, yang hanya diiktiraf oleh tiga atau empat negara sahaja.

Mengenai laporan The Wall Street Journal dan Agence France Presse (AFP) yang mendakwa PCA adalah mahkamah timbang tara PBB, Lu Kang berharap agar media Barat berkenaan dapat membetulkan kesilapan tersebut, susulan kenyataan rasmi PBB.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China