Cari:
ASEM ke-11 Dibuka Tirainya
2016-07-15 14:59:54 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-11 yang bertemakan "Perkongsian Asia-Eropah Selama 20 Tahun, Kesalinghubungan Cipta Masa Depan" dibuka tirainya di Ulan Bator, Mongolia, pagi tadi.

Presiden Mongolia, Tsakhiagiin Elbegdorj pada upacara perasmian sidang kemuncak itu berkata, Asia dan Eropah, yang menghadapi banyak masalah dan cabaran, patut duduk di meja rundingan untuk membincangkan cara-cara penyelesaian yang konkrit.

Dimaklumkan, ASEM kali ini akan mengutamakan isu kesalinghubungan, yang melibatkan komunikasi dan kerjasama kedua-dua benua ini dalam pelbagai bidang.

Deklarasi Ulan Bator dan kenyataan pengerusi dijadual diumumkan selepas sidang kemuncak itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China