Cari:
Keqiang Sarankan Tiga Cadangan demi Kerjasama Asia-Eropah
2016-07-15 17:53:07 CRI Cetak

Pelbagai pihak digalakkan supaya mendukung konsensus yang tercapai pada Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) dahulu, yang mengutamakan prinsip saling menghormati dan berunding secara bersemuka, bagi menemukan pendekatan baharu untuk memperkasakan kerjasama menyeluruh antara Asia dengan Eropah.

Harapan itu diluahkan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Rakan-Rakan Asia dan Eropah Berkongsi Nasib, Kerjasama Yang Dinaif Taraf Buka Lembaran Baharu" pada ASEM ke-11 di Ulan Bator, Mongolia, hari ini.

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 ditubuhkannya ASEM, PM China ini menyarankan tiga cadangan untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua benua ini, antaranya termasuk memupuk kesedaran berkongsi masa hadapan dan memikul tanggungjawab berkenaan demi bersama-sama menangani cabaran rantau dan menjayakan dialog; mencipta momentum baharu bagi menjayakan kerajsama, terutamanya dalam bidang ekonomi dan perdagangan; serta merancakkan dialog dan pertukaran antara tamadun yang berlainan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China