Selepas sembilan tahun, aktor Matt Damon menggagahi usianya untuk kembali menghidupkan watak filem blockbuster sarat aksi, Jason Bourne, iaitu watak ikonik ejen CIA yang berdepan cabaran misi lantaran hilang sebahagian ingatannya.
Filem keempat lakonannya dalam siri Bourne itu bakal membuka tirai pada 27 Julai nanti. Ia menemui penonton selepas hampir sedekad The Bourne Ultimatum ditayangkan dan setelah 14 tahun filem pertama, The Bourne Identity, diperkenalkan.
Damon yang ditemui wartawan pada Jumaat ketika mempromosi filem itu di Seoul, turut memberitahu dia amat teruja kembali melakonkan peranan itu kerana ia meninggalkan impak besar dalam kehidupan dan kerjayanya.
Filem terbaharu itu turut dijayakan bintang-bintang besar dalam perfileman Hollywood seperti Alicia Vikander, Tommy Lee Jones dan Julia Stiles.
(sumber: Astro Awani)