Cari:
Pakar Singapura: Kes Timbang Tara Laut China Selatan Jadi Teladan Buruk
2016-07-15 14:11:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tribunal kes timbang tara Laut China Selatan membuat keputusan pada 12 Julai lalu. Keputusan yang tidak sah dan tidak berkesan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa, malah juga menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan perundangan antarabangsa.

Wang Jiangyu, profesor dari Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ketika menerima wawancara khas wartawan CRI menyatakan bahawa beliau terkejut dengan keputusan kes itu. China berhak untuk menolak keputusan berkenaan. Kes timbang tara tersebut dianggap menjadi teladan yang buruk dalam aplikasi sistem undang-undang antarabangsa.

Profesor Wang sentiasa menaruh perhatian terhadap kes timbang tara yang dibangkitkan oleh Filipina secara sepihak. Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh tribunal ada masalah dari tafsiran undang-undang.

Prof. Wang berkata,

"Saya amat mencuriga akan ketepatan tafsiran undang-undang yang digunakan dalam perbicaraan kes timbang tara tersebut. Saya berpendapat keputusan itu adalah tidak adil jika dilihat dari segi kandungannya, kerana ia menyokong semua tuntutan Filipina dengan sepenuhnya."

Beliau berkata, tribunal menerima semua tuntutan yang dikemukakan oleh Filipina, namun mengabaikan bukti-bukti yang berbeza dengan dakwaan Filipina yang dikemukakan oleh pihak-pihak lain.

Wang berkata,

"Saya berpendapat, tafsiran undang-undang yang dibuat oleh tribunal, seperti definisi 'pulau', 'terumbu karang' dan 'yang tidak sesuai didiami manusia' adalah tafsiran yang ekstrim dan sempit."

Pada pandang Wang Jiangyu, keputusan kali ini memberi impak yang amat buruk terhadap mekanisma penyelesaian pertikaian yang dihargai oleh sehabagian negara berkenaan.

Wang Jiangyu berpendapat, selain ketidaksaksamaan, keputusan kes ini juga memberi kesan negatif bagi sistem undang-undang antarabangsa. Hal ini mengecewakan mereka yang berkeyakinan penuh terhadap konsep pentadbiran mengikut undang-undang.

Beliau berkata, sikap tribunal dan keputusan timbang tara yang tidak adil itu turut menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan isu bilateral.

Wang berpendapat, keputusan yang tanpa keadilan itu turut menunjukkan betapa pentingnya untuk mengadakan rundingan bilateral. Manakala, pendekatan terbaik untuk merungkaikan perselisihan berkenaan pada ketika ini adalah melalui saluran rundingan dua hala secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China