Cari:
Pakar Undang-undang: Keputusan PCA Keruhkan Lagi Situasi di Laut China Selatan
2016-07-16 16:24:04 CRI Cetak

Ramai pakar dalam bidang undang-undang antarabangsa menyelar keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague yang menyebelahi tuntutan hak kedaulatan Filipina terhadap wilayah maritim di Laut China Selatan.

Ketika berlangsungnya Simposium Undang-undang Antarabangsa tentang Penyelesaian Pertikaian Maritim di Hong Kong semalam, ramai pakar mengkritik keputusan muktamad itu bukan sahaja mempunyai banyak kesalahan, bahkan juga mengeruhkan lagi ketegangan yang sedia ada antara Beijing dengan Manila.

Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Xue Hanqin berpendapat, jika meneliti keputusan muktamad PCA, adalah cukup jelas mendapati keputusan itu mempunyai banyak kesalahan dan kesalahfahaman. Dari segi undang-undang antarabangsa, sama ada sebuah badan timbang tara mempunyai bidang kuasa terhadap pertikaian atau tidak, berasaskan kepada persetujuan pihak-pihak terbabit yang mahukan pertikaian mereka diselesaikan menerusi penimbangtaraan. PCA telah mencabar dan melampaui kuasa yang dimandatkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Pengerusi Suruhanjaya Undang-undang Antarabangsa (ILC) PBB, Pemmaraju Sreenivasa Rao mengkritik keputusan muktamad PCA sebagai kurang meyakinkan disebabkan saat proses penghakiman, mahkamah itu gagal membeza-bezakan masalah penimbangtaraan, hak kedaulatan dan persempadanan maritim. Pada pendapat beliau, Filipina, selepas membuat pertimbangan, akhirnya pun akan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian dengan China melalui cara damai yang saling menguntungkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China