Cari:
Keputusan PCA Cemar Orde Maritim Antarabangsa
2016-07-16 16:14:03 CRI Cetak

Keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan adalah melampaui kuasa bicaranya, tidak berasas dari segi fakta dan undang-undang, serta tidak mempunyai kuasa yang boleh mengikat mana-mana pihak.

Demikian ditegaskan Ketua Pengarah Jabatan Perjanjian dan Undang-undang Kementerian Luar China, Xu Hong ketika diwawancara semasa diadakannya Simposium Undang-undang mengenai Penyelesaian Pertikaian Maritim di Hong Kong, semalam.

Xu berkata, keputusan muktamad itu penuh dengan prasangka dan hurainya memang keterlaluan dan ekstrem, yang menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Keterlampauan tersebut membuktikan bahawa PCA tidak adil dan tidak objektif.

Beliau menganggap, keputusan berkenaan bakal mengundang tiga akibat, iaitu menjejaskan kedaulatan China serta hak dan kepentingan maritim di Laut China Selatan; mencemari usaha China dan negara-negara terbabit untuk menyelesaikan pertikaian menerusi rundingan damai; dan mengurangkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China