Cari:
Forum Kedamaian Dunia Dibuka Tirainya
2016-07-16 17:11:19 CRI Cetak

China, selaku pembina perdamaian dunia, penyumbang kepada perkembangan sejagat dan pelindung orde antarabangsa yang saksama dan wajar, bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara untuk mencipta masa depan yang kekal damai dan makmur bersama.

Harapan itu diluahkan Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong ketika berucap pada Forum Kedamaian Dunia ke-5 yang diadakan di Universiti Tsinghua, Beijing hari ini.

Yandong berkata, kedamaian dan pembangunan merupakan matlamat utama yang dikejar bangsa China sejak sekian lama. China sentiasa menempuhi jalan pembangunan yang damai, melaksanakan strategi pembukaan yang saling menguntungkan, memperluas penjalinan ikatan muhibah dengan pelbagai negara, dan proaktif menunaikan kewajiban antarabangsa.

Forum itu bertemakan "Orde Keselamatan Bersama: Bekerjasama, Inklusif, Terbuka" dan dilancarkan sepadan dengan situasi semasa dan permintaan pembangunan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China