Cari:
Usaha Sama Asia, Eropah Dilipatgandakan untuk Atasi Cabaran
2016-07-16 17:27:14 CRI Cetak

Pelbagai negera digesa supaya menggembleng tenaga untuk memperkasakan kerjasama antikeganasan, membina masyarakat yang terbuka dan inklusif, serta memerangi keganasan secara menyeluruh.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap pada satu mesyuarat tidak rasmi sepanjang sesi Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-11 di Ulan Bator, Mongolia, pagi tadi.

PM Li menegaskan, China sentiasa mengambil berat terhadap pemeliharaan dan pembangunan hubungan yang baik dengan Eropah serta Britain, dan mendukung proses integrasi Eropah menuju ke arah yang makmur dan stabil. Beliau berjanji, China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan penyelarasan, mengawal risiko, membangkitkan semula keyakinan, memelihara kestabilan pasaran modal antarabangsa, dan menyumbang kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi sejagat.

Biarpun isu Laut China Selatan tidak dimasukkan ke dalam agenda ASEM kali ini, tetapi topik hangat ini pula mendapat perhatian ramai. Oleh itu, Keqiang mengulangi lagi pendirian Beijing dalam isu tersebut, iaitu China tidak pernah melibatkan diri dalam kes timbang tara yang dibangkitkan secara sepihak Filipina, serta tidak menerima dan tidak mengiktiraf keputusan muktamad berkenaan. Beliau menggesa pihak terlibat supaya kembali ke meja rundingan demi menyelesaikan pertikaian secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China