Cari:
Bekas Pemimpin Jepun Sarankan Dialog di Laut Selatan
2016-07-17 15:27:17 CRI Cetak

Bekas Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama mengharapkan isu Laut China Selatan dapat diselesaikan oleh negara-negara terbabit menerusi dialog secara damai.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Kedamaian Dunia ke-5 yang diadakan di Universiti Tsinghua di Beijing semalam.

Bekas PM itu menyatakan, pertikaian antara China dengan Filipina berhubung hak kedaulatan ke atas wilayah di Kepulauan Nansha sepatutnya diselesaikan melalui dialog. Beliau menasihati Tokyo dan Washington supaya tutup mulut, jangan memaksa Beijing menerima keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague mengenai pertikaian berkenaan, dan berhenti melakukan tindakan provokasi.

Mengenai isu pelucutan senjata yang melibatkan seramai 300 ribu anggota tentera, yang diumumkan Presiden China Xi Jinping tahun lepas, Yukio menyifatkannya sebagai keputusan yang boleh didengar. Beliau merayu kepada pemimpin pelbagai negara supaya jangan menghasilkan musuh-musuh khayalan dan mempergunakan alasan itu untuk mengembangkan industri ketenteraan dan memperluas kekuatan tentara.

Ketika memperkatakan tentang pertelingkahan yang wujud antara Jepun dengan China mengenai kedaulatan terhadap pulau-pulau di kawasan perairan berkenaan, beliau menggesa pihak-pihak terbabit termasuk media supaya bersabar dan bersikap tenang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China