Cari:
Keputusan Muktamad PCA, Hasil "Dimanipulasi" AS
2016-07-17 15:40:57 CRI Cetak

China berhak menolak keputusan muktamah Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung petikaian wilayah maritim di Laut China Selatan, kerana ia adalah hasil yang dimanipulasi secara politik oleh Amerika Syarikat (AS) dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Demikian dinyatakan pakar isu antarabangsa dari AS, William Jones ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua China, baru-baru ini.

William berkata, keputusan itu memang mengecewakan disebabkan segala-galanya dimanipulasi AS. Akibat sokongan Washington, Manila berani memfailkan pertikaian dengan China kepada PCA dan mengetepikan cara melakukan rundingan dengan Beijing.

Beliau menganalisis, AS dan Filipina, yang mempunyai niat terselubung masing-masing, mengharapkan pertikaian tersebut dihakimi PCA. Manila mahu memperoleh lebih banyak manfaat daripada Beijing dengan adanya sokongan kukuh Washington, manakala Washington ingin mengekang pembangunan China dan mempertahankan kedudukan hegemoni di Asia Pasifik.

William mengkritik hakim PCA berprasangka terhadap China dan proses perbicaraan berkenaan hanyalah formaliti semata-mata. Merekalah mengendalikan politik, bukan menghormati kewibawaan undang-undang antarabangsa.

Beliau juga memuji sikap positif China dalam isu kes timbang tara berkenaan, termasuk usaha Beijing untuk melakukan kegiatan diplomatik di sesetengah negara di kawasan Asia Pasifik. William menganggap, tindakan seterusnya China dan Filipina adalah untuk duduk di meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan. Beliau optimis akan perkembangan selanjutnya antara kedua-dua negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China