Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengeluarkan kenyataan mengecam kes serangan menyasar anggota polis yang berlaku di Baton Rouge, ibu kota negeri Louisiana baru-baru ini.
Dalam kenyataan tersebut, Obama berkata, serangan ini merupakan serangan "pengecut" menyasarkan polis kali kedua dalam tempoh dua minggu lalu. Sebarang serangan terhadap kakitangan awam, penguatkuasa dan rakyat jelata mesti dihentikan.
Menurut beliau, walaupun masih belum diketahui motif serangan itu, namun sebarang tindakan kekerasan terhadap penguatkuasa tiada asalan yang rasional.
Tiga orang polis terkorban dan beberapa orang lagi tercedera dalam serangan tembakan di Baton Rouge pada pagi 17 Julai lalu .