Cari:
Putin Harap Turki Pulihkan Kestabilan Secepat Mungkin
2016-07-18 13:03:36 CRI Cetak

Presiden Rusia Vladimir Putin menghubungi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melalui telefon Ahad lalu. Beliau berharap Turki dapat memulihkan kestabilan secepat mungkin selepas rampasan kuasa ketenteraan dihancurkan.

Jabatan Penerangan Presiden Rusia berkata, Putin menyampaikan takziah kepada mangsa yang terbunuh dalam kejadian rampasan kuasa itu dan menyatakan bahawa beliau berharap agar Turki dapat memulihkan semula tatatertib dan kestabilan secepat mungkin.

Beliau menegaskan bahawa Rusia tidak mengizinkan tindakan yang melanggar perlembagaan dan kekerasan dalam kehidupan negara.

Kedua-dua presiden juga membincangkan kemungkinan mengadakan pertemuan pemimpin pada Ogos akan datang.

Hubungan Rusia-Turki menurun ke tahap yang paling buruk berikutan Turki menembak jatuh pesawat perang Rusia di ruang udara kawasan sempadan Turki-Syria pada November tahun lepas. Presiden kedua-dua negara pada hujung bulan lalu bersetuju untuk mengambil tindakan yang perlu untuk memulihkan hubungan antara kedua-dua negara di samping berjanji untuk bersama-sama memerangi keganasan.

Rampasan kuasa yang digagalkan di Turki mengakibatkan sekurang-kurangnya 161 orang terbunuh dan 1,440 lagi tercedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China