Cari:
Kerry: AS Sokong Sebuah EU yang Kuat
2016-07-19 11:36:42 CRI Cetak

Kerjasama antara Amerika Syarikat (AS) dengan Kesatuan Eropah (EU) amat penting bagi keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran dunia. Oleh itu, AS menyokong pertubuhan EU yang kuat.

Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata demikian di Brussels semalam.

Beliau memberitahu media bahawa AS dan EU bersatu padu dalam memerangi keganasan. Kejadian serangan ganas yang berlaku di Nice minggu lalu akan mengukuhkan keazaman kedua-dua pihak untuk bekerjasama membanteras keganasan.

Mengulas tentang cubaan rampasan kuasa ketenteraan di Turki, Kerry menyatakan bahawa AS menyokong kerajaan Turki, di samping mendesak pihak berkuasa negara itu bertenang dan memelihara kestabilan dalam negeri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China